Personaliti Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (Satu Tinjauan Melalui Psikometrik Tajma Edisi 2)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat 11 tret personaliti yang dominan untuk Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia. Melalui psikometrik TAJMA (Edisi 2), terdapat 11 Tret personaliti ialah Asertif, Analitikal, Keterbukaan, Keyakinan Diri, Kepimpinan, Jati Diri, Prihatin, Silang Budaya, Pencapaian, Integriti dan Patriotisma. Seramai 101 orang guru pelatih semester lapan terlibat, yang terdiri daripada unit Muzik, Pemulihan, Pendidikan Jasmani dan TESL. Mereka terdiri daripada 17 orang lelaki dan 84 orang perempuan. Alat kajian yang digunakan ialah inventori soal-selidik Profil Personaliti TAJMA Edisi 2 (PPT2) yang mempunyai reliabiliti dan validiti 0.8 ke 0.9. Kajian mendapati daripada 11 tret personaliti tersebut, terdapat 3 tret personaliti dominan yang mendapat peratus tinggi ialah Keterbukaan., Prihatin, dan Integriti. Dapatan ini menunjukan bahawa guru pelatih ini mempunyai personaliti seorang guru yang berkesan untuk berkhidmat di sekolah kerana 3 tret personaliti tersebut adalah merupakan antara ciri-ciri personaliti utama dan dominan yang perlu ada pada seseorang guru.

Keywords

Guru Pelatih, Profil Personaliti, Tret Personaliti TAJMA

References

  • [1] Azhani Adnan. (2008). Kertas Kajian. Personaliti Guru: Pengaruh ke atas Pengajaran dan Pembelajaran.Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • [2] Azizi Yahaya. (2006). Menguasai Penyelidikan : Teori, Analisis Dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur : PTS Professional Pub.
  • [3] Azlina Mohd. Kosnin & Tan Sew Lee. (2008). Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan Kerja dan Stres Kerja Guru. Jurnal Teknologi, 48(E) Jun : 33-47.
  • [4] Basim, H.N., Begenirbas,M dan Yalcin, R.C (2013). Effects of teacher personalities on emotional exhaustion: Mediating role of emotional labor. Educational Sciences: Theory & Practice. 13(3) : 1488-1496.
  • [5] Boyle, Gregory J. Boyle,G.M. and D.H.S. (2008). Personality Measurement and Testing: An Overview. In The SAGE Handbook ofPersonality Theory and Assessment: Personality Measurement and Testing (First, pp. 1– 26). London: Sage Publicatios.
  • [6] Chua Yan Piaw. (2013). Mastering Research Statistcs. Malaysia: Mc Graw Hill Education.
  • [7] David Selvam. (2000). Pengaruh Personaliti Terhadap Prestasi Kerja Dalam Kalangan Guru. Tesis Sarjana tidak diterbitkan. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
  • [8] Faizah bt Abd. Ghani & Nagarajan Kupusamy. (2012). Hubungan Trait Personaliti dan Kecekapan Guru Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang Johor. Journal of Educational Psyachology & Counseling.(6) June : 92-115.
  • [9] Hasbullah Hj Abu Kassima, Ahmad Syukran Baharuddinb, Mohd Tajudin Ninggal. (2016). Tinjauan Relevansi Tret Personaliti Kaunselor Muslim di Institusi Pendidikan Tinggi Melalui Profil Personaliti TAJMA. Universiti Teknologi Malaysia : Humanika.
  • [10] Haslina Hanapi. (2013). Pembinaan Instrumen Kesediaan Belajar Awal Kanak-Kanak (Ikbak). Universiti Sains Malaysia.
  • [11] Jafny Hj. Jaapar. (2012). Pengaruh Faktor Personaliti, Tekanan Kerja dan Kecerdasan Emosi Terhadap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah. Tesis Master Sains yang tidak diterbitkan. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
  • [12] Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • [13] Mohd Tajudin Ninggal. (2014). Profesionalisme Dalam Kaunseling dan Cabaran Masa Kini Di Malaysia.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
  • [14] Muhd Mansur Abdullah. (1993). Kaunseling:Teori,Proses dan Kaedah. Edisi Kedua. (Kedua). Johor Bahru, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
  • [15] Sidek Mohd Noah. (2005). Pengujian dan Penilaian dan Kaunseling : Teori & Aplikasi. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
  • [16] Zulelawati Bujang & Yusni Zaini Yusof. (2015). Trait Personaliti Dan Hubungan Dengan Prestasi Akademik Bakal Guru Di Sebuah Institusi Latihan Perguruan. Jurnal Bitara Edisi Khas (Psikologi Kaunseling) Vol.8 :171-180.

DOI : https://doi.org/10.32698/2158